Friday 16 May 2014


Ikhtilat .
Sepatah perkataan . Nampak simple . tapi makna dan erti dia cukup besar . Ikhtilat . Bukan susah pun nak sebut . Tapi nak faham dan nak jaga tu yang payahnya . Walau yang asalnya dulu sekolah agama pun . Apatah lagi budak sekolah biasa . Sebab dah terbiasa . Antara kita macam dah x ada beza . Dah rapat macam famili sendiri . Dah kamceng macam adik-beradik sendiri . Zip kemas-kemas .Hubungan antara kita tu dah diikat ketat-ketat dengan tali gred A++.
Sebab kita buddies . Takkan terpisah !

Ye saya mengerti .
Sangat mengerti . Kadang bukan atas kehendak kita pun . Bila terserempak , alasannya dah takdir nak terjumpa . Yes takdir . Memang betul . Setiap benda yang berlaku memang namanya di atas jalan takdir. Tak ada yang namanya kebetulan . 

Kau lempar senyum . Aku balas . Tak pun, aku dulu yang senyum . Kau balas . 

Sketsa biasa pertemuan kali pertama di antara yang namanya lelaki dan perempuan . Tapi x semua... Yang faham dan beramal,, alhamdulillah . Moga terus istiqomah . Sebab memang bukan senang nak jaga . Lain tempat lain suasana nya . 
Yang kaki badan dakwah, cool je. Tunduk bersimpuh . Ada aku kesahh..? Urusan atas jalan dakwah . Bukannya urusan tepi jalan .

Tak manis nak pandang anak dara atau teruna orang lama-lama... malu separuh daripada iman .

Ye saya tahu .
Pertemuan pertama biasanya pasti akan diiringi oleh pertemuan kedua dan seterusnya. Ni pun atas nama kerja . Kau dan aku perlu berurusan antara satu sama lain . Okey . Takde hal . Be profesional . Kerja je punn . Dhoruroh . Had atas nama kerja . Urusan atas nama rakan kerja . No problemo .

Ye saya pasti .
Antara seorang lelaki dan perempuan itu pasti akan ada sesuatu . Sebab dah terlalu biasa sangat berurusan sekali . Uruskan itu uruskan ini . Dah macam belangkas . Masuk program ni kau ada . Program tu pun kau ada jugak . Persoalan bermain di benak . Jodoh ke apa ni..? Nak kata kebetulan,,, tak ada yang namanya kebetulan . Ahh .. terima je lah takdir yang tersurat dan tersirat ni . Lagipun, aku selesa buat kerja dengan dia .

Okey .
Perjalanan berbangkit makin menarik . Kau dan aku makin rapat . Sampai aku sangat-sangat pasti yang aku sukakan kau . Walau aku x tahu entah kau pun sukakan aku ataupun tidak . Takpe . Pendam dulu perasaan .

Sejak dari tu, ikhtilat jadi lain . Kita buat kerja bukan atas dasar kerja . Sebab kita nak jumpa antara satu sama lain . Ikhtilat dah tak terjaga . Gurau senda dah jadi gholib bila berjumpa . Sebab aku suka tengok kau senyum . Kita jadi makin rapat . Dah lupa asal usul join program . Dah lupa tujuan sebenar . Kita masing-masing selesa dengan cara kita . Dah x hirau orang lain nak kata apa .

Telefon berdering . Panggilan dari si dia . Bila kantoi dengan kawan, cakap ni kawan je . Kawan . Bergayut tengah-tengah malam atas nama kawan . Lelaki dan perempuan..?

Tak biasa la cakap dengan lelaki... Malu .

Hmm..

Cakap dengan kawan lelaki macam mana pulak..? 
Takpe . Tu kawan . Ni bukan .

Errr ..
rasa macam sama jenis je... tak ke? Kawan lelaki tu,,, yes. Lelaki la kan . Ni pun lelaki . So, what is d differences ? Lain ey ?

Yap . Sebab tu yang namanya kawan . Dah biasa .

Great . Yang namanya kawan tu,, lelaki kan . Ajnabi . Orang yang halal kita nikah . Ada batasnya dalam bergaul . Buat kerja sekali ke apa ke tak menghalalkan cara bergaul . Tetap ada batas . Barulah nampak kita ni bermaruah... bukannya murah . :)

Jaga ikhtilat . Baru orang hormat kita . 

Islam sebagai satu cara hidup . 


#muhasabah qolbi

  

Saturday 26 April 2014


BILA aku kata…
        "aku sedang berubah…"
        kadangkala diri ni terbabas jugak dari landasan.
        maka,
        tegurlah aku, bukan menghukum.
        betulkanlah aku, bukan hanya melihat.
        ajarlah aku, bukan hanya membiarkan.
        tariklah aku kembali ke pangkal jalan, bukan mementingkan diri.
        dekatlah, bukan menjauh.
        sayangilah aku, bukan membenci.
        bantulah, bukan berat tulang.
        jadi,
        ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.
        sebab memang fitrah aku mudah lupa.
        kerana aku hanya seorang musafir.
        yang perlu kepada panduan dan penunjuk arah…
        untuk kembali meneruskan perjalanan.
        jadi,
        janganlah segan.
        gapailah tanganku.
        jangan pernah lepaskan.

        kita tuju ke Jannah sama-sama…


Hijrah tu tak adalah semudah ABC sangat. Bukan senang nak tetapkan hati nak tetapkan amal untuk istiqamah dengan apa yang kita dah pilih.. Perjalanannya pun bukannya rasa makin singkat. Malah makin panjang dan jauh. Kadang rasa tidak mampu.. kadang rasa lemah. Kadang rasa macam nak putus asa je. Selemah tu iman bila diuji. Banyak dugaan dan ujian. Rasa diri makin sensitif. 

Jangan mudah lemah. Letakkan pergantungan pada Allah. Dah siapa pulak yang cakap kita ni tak perlu diuji setelah kita berhijrah..? Waktu nilah banyak pulak ujian yang datang... tapi... kita kan ada Allah..?
:)